Sunday, September 9, 2007

Ramadhan : a month of Tarbiyyah


Bismillahhirrahmanirrahim


Alhamdulillah..setelah lama "retire" dr dunia penulisan (kali terakhir aktif bila menulis utk school newsletter..lama tuu), kali ni berpeluang utk mengasah smula bakat menulis yg kian pudar...al-maklumlah bila mana dh lama meninggalkan alam penulisan ni, sentuhan kreatif itu sedikit sebanyak semakin tumpul.

InsyaAllah, kali ini akan lebih istiqamah dalam ber"blogging" ini..setelah mendapat cabaran dari seorang rakan yang xberputus asa, berkali-kali memujuk..akhirnya berjaya membangkitkan keinginan ana utk menulis kembali.. :)

Sekali lagi, bulan yang dinanti-nantikan, yakni bulan Ramadhan akan tiba..masing-masing sudah mula meletakkan harapan atau target untuk Ramadhan kali ini..pastinya diharapkan Ramadhan kali ini memberi lebih pengertian dan lebih baek performance nye berbanding yg previous Ramadhan..ketenangan yang dijanjikan bulan ini kian dirasai...xsampai seminggu je lagi, pintu Ramadhan akan terbuka utk semua umat Islam merasai kenikmatan bulan yang tiada di dalamnya syaitan yg asek dengan tugas menghasut manusia ke arah kejahatan dan kemaksiatan..

Bagi diri ana, Ramadhan kali ini memang sangat-sangat dinantikan..madrasah Ramadhan kali ini insyaAllah akan digunakan sebaik mungkin untuk mentarbiyyah diri, disamping melipatgandakan amalan mana yang termampu..insyaAllah..setelah berbulan-bulan diri ini bagai hanyut dengan kesibukan dunia, telah tiba masa untuk kembali membersihkan diri dan jiwa yang rasanya semakin berkarat ini...peluang untuk sekali lagi melalui Ramadhan pasti tidak akan disia-siakan insyaAllah kerana belum tentu lagi akan bertemu lagi dengan Ramadhan yg laen..
mudah-mudahan kita sama2 dapat utilize peluang bertemu Ramadhan ini utk meningkatkan lagi kualiti puasa kita..nnti xder lah yang kita dapat sekadar lapar dan dahaga kan :)