Dah lama tak menulis di blog ini. Tapi hari ni ada sedikit masa lapang & mood nak menulis datang balik.
Alhamdulillah, bersyukur sangat pada Allah s.w.t sebab dia izinkan untuk semuanya berjalan lancar untuk majlis bulan lepas.
Alhamdulillah :)
Kepada semua yang mendoakan, yang hadir, yang bagi hadiah, yang telah berusaha keras untuk menjayakan majlis walimatul urus kami dari pre-event, semasa event dan post-event.
Terima kasih banyak-banyak diucapkan.
Terutama sekali untuk my lovely family : Mama, Abah, Angah, Iyah dan Na. credits to Angah for pic ini
And of course Makteh, pakteh, kak anis, abg naim, paksu min, pakcik arif, pakdin, maklang, paklang, makngah, makcik, makcaq, pakcaq, kak jannah, najwa, wa, paksu zani, maksu yan, and the list goes on and on merangkumi semua adik beradik sebelah mama dan abah :)
termasuk juga sepupu-sepupu yang cool, yang sudi datang, yang tggu sampai the very last moment petang kenduri itu, semuaaaaa sekali dihargai sangat-sangat!
Betul lah orang selalu cakap, kenduri ini boleh merapatkan hubungan silaturrahim :)
Kepada sahabat-sahabat yang datang, terima kasih banyak-banyak.
Ramai sangat datang, member dari sekolah rendah (Asma, Lunas Jaya), dari sekolah menengah (Badlishah & MRSM Langkawi), dari zaman menara gading (Universiti Teknologi Petronas) dan juga dari zaman kerja (Infineon).
Nak senarai semua jenuh jugak (lupa pulak nak buat guest book, kalau tak boleh trace balik semua yang hadir...huhu) tapi, kami sangat menghargai kehadiran kalian semua.
So sweet sangat sebab sudi datang :)
Ha...yang bergambar sama tu, tag la ye. Nak tengok jugak!
Also, kepada bekas-bekas cikgu yang mai, sangat terharu. Terima kasih cikgu-cikgu semua. Sampai bila-bila pun tak mampu nak balas jasa cikgu, tapi hani yakin Allah pasti membalas dengan yang setimpal bahkan mungkin lebih lagi.
Tak lupa juga to sahabat special di Nisa' Wangsa Maju dan Nisa' Wilayah yang hadir dari jauh-jauh. Sempat lagi eh bercuti ke Langkawi tu :) TQ so much.
And kepada sahabat di Improf also and junior adik-adik di kampus, TQ :)
Tak lupa kepada jiran tetangga, kawan-kawan Mama, Abah, Angah, Iyah, Na yang mai. TQ very much to come and share the joy.
And also to yang bertugas di hari kejadian i.e. photographer (Shahrul & Syamil from Aqeelstudio) and videographer (Eddy & Ali from Doshproduction), thanks sebab bersabar dan bertahan untuk bertugas dengan jayanya :) Oh yes, kepada Deejay Bard jugak! And kepada Pakcik Arif yang sudi jadi Pengacara Majlis adhoc :) And kepada team catering Uncle Majid, sedap food aritu :)
Tiada kata secantik bahasa, untuk mengucapkan terima kasih kepada semua!
Cuma mampu mendoakan kesejahteraan dan kebaikan untuk semua di dunia dan akhirat :)
credits to AqeelStudio