Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

Tuesday, September 29, 2009

okey, ni loghat kedah/perlis

Assalamualaikum wbt

Musim raya Aidilfitri kali ini sungguh meriah. Tetiba sahaja terasa seperti ramai pulak saudara-mara rupanya. Bukan apa, dah lama kan tak kumpul ramai-ramai begitu. Apatah lagi, la ni keluarga dah bertambah besar, sebab ramai sepupu yang dah berkahwin dan anak mereka pun sudah bertambah. Jadi, bilamana buat open house masa malam pertama tu, bukan main lagi lah riuh nya tak sangga-sangga. Especially dengan kanak-kanak yang ramai tu. Ada Sarah yang suka makan telur tapi comel, adiknya yang pandai bawak diri, Kimi yang nakal-nakal tapi protective kat adik dia iaitu Alif. Alif pulak suka senyum sendirian. Danish dengan gaya machonya, elok je bersopan santun. Kesemua mereka ni antara anak2 sedara pupu yang sy ada.
Tapi xsempat nak amik gambar kanak2 comel2 ni sebab sibuk melayan tetamu~!

Eh ok, back to tajuk, ni ha nak share lah sikit sebanyak loghat kedah/perlis yang slalu digunakan. Bukan apa, mood beraya di Kedah & Perlis kan masih ON, so nak buat macam mana kan....Jadiknya, jom tengok selain yang biasa kita dengar - hang, hampa, awat, lagu mana, ayaq, cheq, etc

PERKATAAN: tak sangga-sangga
MAKSUD : tak terhingga

PERKATAAN : nyatuh (baru tahu time raya tahun ni ada perkataan ni)
MAKSUD : matahari jatuh / p mekah

PERKATAAN : loghat
MAKSUD : menyibuk,

PERKATAAN : belengaih
MAKSUD : kotor, comot, rasa melekit

PERKATAAN : geghek
MAKSUD : basikal

PERKATAAN : seneghih
MAKSUD : selisih

PERKATAAN : hemoi
MAKSUD : tak tahu malu


dan lain-lain lagi. banyak la pulak kalau nak list semua. Di rumah, ada kamus bahasa Kedah yang memuatkan semua perkataan yg loghat Kedah, tapi tak sempat-sempat lagi nak bacanya. Cara orang Kedah cakap dengan orang Perlis cakap lain, xsama. Orang Penang lagi lah lain bunyi dia.

Alrite, see you~~

p/s: kalau ada nak tmbah, dialu-alukan ye~ TQ