Tuesday, September 29, 2009

Ma ba'da Ramadhan?

Assalamualaikum wbt

Sengaja mengadakan posting ini, semata-mata untuk mengingatkan kepada diri sendiri terutamanya dan my dear faithful readers berkenaan satu perkara - ISTIQAMAH

Ya saudara dan saudari, perkara ISTIQAMAH ini kena sekali untuk diremindkan, apalagi dalam suasana kita baru sahaja melepasi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan, juga 1 syawal yang menandakan kemenangan kita mengharungi Ramadhan. Kini, apa pula selepas Ramadhan? Beraya sudah, berpakaian baru sudah, bersalam-salaman dan bermaaf-maafan juga sudah. Jadi, apa ya yang perlu lagi untuk merayakan dan meraikan kemenangan Ramadhan?

Ha...jawapannya ialah ISTIQAMAH dengan amal ibadah yang kita lakukan selama 1 bulan di dalam madrasah tarbiyah Ramadhan itu. Biarpun tiada solat terawih di luar bulan Ramadhan, tetapi disiplin mengadakan solat sunat boleh bahkan harus diteruskan. Biarpun tiada malam al-Qadar di bulan-bulan lain, budaya qiamullail yang telah disemai sebulan itu juga ayuh kita teruskan. Bukan hanya itu, semua lah apa jua amalan yang kita lakukan dengan sabar dalam bulan Ramadhan itu, haruslah kita teruskan biarpun Ramadhan telah berlalu!

Dalam dunia kini Islam sering difitnah oleh orang bukan Islam, belum dikira juga fitnah yang datang dari umat Islam sendiri. Jadi, hasil atau output dari madrasah Ramadhan ini sebenarnya mampu memberikan kita kekuatan/senjata bagi dijadikan perisai dan catalyst untuk mencegah diri terjebak dalam fitnah-fitnah tersebut. Amalan-amalan inilah yang akan menjadikan kita lebih cenderung untuk thabat (tetap) dalam mempertahankan agama Islam kita ini.

Sahabat2, mempertahankan Islam pada dunia hari ini ibarat menggenggam bara api. Oleh itu, dengan basis yang kukuh hasil dari amal yang baik, insyaAllah mampu membuat kita bertambah kuat dan resistant terhadap sebarang cabaran yang bakal kita hadapi.


Jadi, jom tanya diri masing-masing : Ma ba'da Ramadhan? Apa selepas Ramadhan?
Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam!

No comments: