Assalamualaikum
Alhamdulillah dah menjengah 1 tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah sepanjang 365 hari itu terlalu indah dan berwarna warni tak mampu digambarkan kesyukuran ku dengan kata-kata. Hanya Allah Maha Mengetahui.

HAPPY ANNIVERSARY ZAUJI :)
Pelbagai peristiwa dilalui bersama sepanjang setahun ini cukup bermakna buat diriku. Membuatkan diri ini semakin menghargai kehidupan dan mencuba buang jauh-jauh sikap risaukan apa yang mungkin berlaku. Sebaliknya ku fokuskan pada apa yang sedang berlaku sekarang. Semua perkara akan datang dan pergi dalam laluan hidup kita. Sementara ia masih dalam genggaman atau di hadapan kita, kita patut menghargainya. Kerana kita tak pernah tahu bilakah ia akan berlalu meninggalkan kita kekesalan…
Dan seperti juga pasangan yang lain apabila dah masuk 1 year ini,

maka bermulalah segmen ditanya oleh orang sekeliling berkenaan cahaya mata.
Terima kasih kepada semua yang menyayangi dan mengambil berat pada kami.
Hanya Alhamdulillah & Allah Maha Mengetahui yang mampu diucapkan sebagai jawapan kepada persoalan demikian. Kami bukan sengaja mahu melarikan diri atau mengelak tapi sebenar-benarnya hanya itu jawapan yang kami ada. Tulus kami katakan kami pasti berusaha mencapainya dan selebihnya ialah kuasa Allah. Bukankah begitu akhlak Muslim yang sebaiknya menyerahkan semua urusan lepada Allah setelah berusaha? Kami berazam untuk berada dalam lingkungan akhlak tersebut.
Cuma kadang kala persoalan yang hadir secara sinikal mengguris hati juga tapi apa yang mampu dilakukan hanyalah bersabar. Allah sedang menguji. Ujian tanda sayang dan kasih dan rindu. :) Tiada yang tinggal untuk dikeluhkan, Allah lebih tahu.
Teruskan mendoakan kami ya semua. Allah pasti mendengar doa kita.

Pasti pasti pasti dengar dan makbulkan.
Buktinya, Alhamdulillah Allah telah memberikan kami pinjaman cahaya mata selama beberapa bulan sebelum ini. Walaupun masa itu singkat, tapi Amat bermakna lepada kami. Maknanya Allah tidak pernah mengabaikan doa kami. Allah mendengar kami. Allahuakbar.
Perasaan rasa Allah mengambil tahu pasal hamba yang penuh dosa ini amat indah.
Keindahannya mampu mengubati hati yang diuji dengan kehilangan itu.
Berat, payah tetapi indah ditunjangi kasih Allah.
Apapun, kita hanya Hamba. Susah bernafas dalam jiwa hamba ini.
Hak kita tak banyak, tanggungjawab kita banyak.
Kena bijak & kembalikan apa jua pun kepada yang Maha Memiliki.
"Amal ibadah/kebajikan kita umpama pancing yang memancing rahmat Allah"
Selamat meneruskan kehidupan dengan kebaikan dan kebajikan :)
Love u all fillah.
May our life be blessed from here till Jannah

Regards,
HSZ
No comments:
Post a Comment