Ah-ha, musim sibuk-sibuk menghantar resume ke sini-sana, ke company-company bersar di serata dunia sudah pun bermula, terutamanya bagi teman-teman di Tahun akhir Semester akhir ini. Teringat masa week resume itu perlu disubmit, bermacam-macam jenis resume dirujuk, di touch up utk beroleh resume terbaik. Bagus lah usaha bersungguh-sungguh kan! Orang kata, inilah usaha/investment awal dalam mendapatkan pekerjaan yang bagus nanti. Setuju2. Jadi, mari serius mencari kerja.
Then terfikir pulak, resume utk cari kerja dah siap. Lawa dah, tp resume utk akhirat mcm mana ya? Hmm...apa nak letak dalam bahagian achievements ya? Dalam bahagian qualifications mcm mana pula? Ah-ha, ini yang jarang orang bagi perhatian. Resume utk akhirat.
Ye lah, kalau nak mintak kerja ada resume, nak mintak redha Allah pun kena lah ada usaha kan. Nak present ke depan Allah nanti pun seolah-olah macam resume, bahkan lagi details dengan rekod setiap penglibatan kita dalam aktiviti-aktiviti kebaikan mahupun yang buruk. Memang lah xada CGPA yang jelas kan utk akhirat ini, tapi boleh lah kalau diri sendiri naik rate berdasarkan indicator kualiti solat ke, kualiti pengorbanan terhadap Islam ke, kualiti taat kepada perintah Allah ke. Betul x? Lagi, boleh jugak diincludekan tafsiran terhadap kualiti ibadah2 yang lain dan relationship dengan manusia lain jugak (akhlak).
Resume akhirat ini penting sangat. lebih penting dari resume nak mintak kerja. Kalau resume nak mintak kerja kita wat dalam masa 3 hari, resume untuk akhirat ini seumur hidup kita wat. Seumur hidup kita usaha cantikkan resume, usaha penuhkan resume dengan perkara-perkara yang cantik/indah mudah-mudahan Allah terima kita sebagai hamba Nya yang diredhai. Hai..bukan senang ni nak dapat martabat itu. Jadi, kena berusaha lebih lagi.
So, bagaimana? dah cantik x resume utk persembahkan pada Allah nanti? Kalau belum cukup lagi benda-benda nak letak, anda masih belum terlambat. Berubahlah!
p/s: mulakan dengan perkara yang mudah dulu ya! Ramadhan pun dah dekat. Ni event bagus ini utk dapat acknowledgement dari Allah. Ayuh!
p/p/s: CM maintain pada 2.50. Baguslah, berusaha lagi ya pada semua. Jangan jadikan CM ini sebagai masalah, lihatlah ia sebagai satu pembakar semangat utk memangkin kejayaan. Ubah sebelum parah!
No comments:
Post a Comment