Tuesday, July 21, 2009

Jodoh itu ada Tiga

Assalamualaikum wbt

Tiba-tiba sahaja ramai teman-teman mensuggestkan utk melihat ceritera Syurga Cinta yg dikatakan penuh dengan nasihat & moral baik. Jadi, sempat lah jugak melihat sedikit2 kisah tersebut dalam masa 15 minute tadi dengan menforward2 pd bhgian2 yg penting sj. Dari situ, dapatlah jugak catch few lessons yang mungkin itulah yang jugak diperoleh oleh teman2 yg suggestkan sebentar tadi.

Antara yang paling saya suka ialah Hargailah hidayah/kesedaran yang Allah beri. Teman2, bukan mudah sebenarnya untuk memperoleh hidayah ni. Allah s.w.t sahaja yg berhak memberikannya kepada hamba-hamba yang Allah mahukan. Jadi, bilamana terdetik rasa bersalah, rasa takut akan azab Allah dek kerana melanggar perintahNya atau tidak melakukan kewajipan dariNya, hargailah ia.

Teringat pada kisah seorang kenalan. Dia dahulunya seorang yang cukup amik mudah berkenaan muamalat, solat, aurat, dan sebagainya. Namun, alhamdulillah, pd suatu ketika, Allah menghadirkan teman2 yang baik disekelilingnya. Dari situ, dia belajar pelbagai perkara yg akhirnya memberikan dia kesedaran akan tanggungjawab seorang hamba Allah s.w.t

Ya, kita ini hamba Allah. Hamba ini status paling rendah kalau dalam sistem kasta manusia. Hamba ini bermaksud yang tidak memiliki sesuatu apapun. Sebab itu perhambaan sesama manusia itu menjadi tidak boleh, tetapi merasai kehambaan kepada Allah itu suatu kemestian. Sedarlah teman2, kita ini hamba je..!! Jadi buatlah apa yang Allah suruh dan tinggal lah apa yang ditegah. Boleh ye teman2? Kita berubah ek..

Lagi satu, berkenaan mencintai, bercinta dan dicintai ni...sy bukan pakar soal ini. Namun, suatu yang pasti bercinta yang selalu date, jumpa-jumpa, pegang-pegang, sms-sms, call-call itu bukanlah cara yang diredhai Allah s.w.t. Itu hanya mendatangkan fitnah semata-semata & menjatuhkan maruah kadang-kadang itu. (maaf ini hnya pendapat peribadi). Rasa cinta ialah fitrah, mencintai orang itu suatu yang baik, tetapi bagaimana melaksanakan itu yang perlu diberi perhatian. Ingat ye teman2, matlamat tidak menghalalkan cara.

Teringat perbualan antara Fatimah bt Muhammad s.a.w bersama suami tercintanya, Saidina Ali. Saidina Ali bertanya kepada Fatimah, pernah tak fatimah mencintai siapa2 sebelum berkahwin? Tahu x apa jawapannya? Ha..Fatimah jawab, Ada dan orang itu ialah kamu. Lihatlah dengan baik-baik kejadian ini. Bagaimana Fatimah telah lama mencintai Saidina Ali tetapi tidak pernah dinyatakan/declare apatah lagi bercouple lalu berjumpa saban malam.

Jadi, tidak mahu berkata lebih banyak. Jom lah teman2..kita sama-sama menjaga hati kita ini.

Cintailah Allah sedalam-dalamnya. Hinggakan dia yang mahukan cinta kita, mesti mencintai Allah sebelum menemui cinta kita. [pesanan seorang teman]


Wallahu'alam.

Monday, July 20, 2009

Israk Mikraj : Miracle from Allah

Israk Mikraj (bulan Rejab) Penguat Iman

Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !! – Kenangan subjek Physics masa Matriculation 1983 di Australia. (Foto oleh NASA).

Pada hari Jumaat 4.7.2008 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut.

Setelah kewafatan Khadijah ra, pendokong moral dan material perjuangan Baginda saw dan kewafatan Abu Talib, pelindung Baginda saw dari ancaman fisikal oleh kafir Quraisy pada Tahun Kesedihan, Dakwah Islam berada diposisi paling tenat disegi saikologi Nabi saw dan para Sahabat ra sendiri, maupun disegi tiadanya kemasukan baru ke dalam agama Islam dari kalangan penduduk Mekah. Dengan azam tidak menyerah kepada keadaan, Baginda saw mencuba nasib, mencari peluang baru untuk Dakwah ini di Taif, 80 km dari Mekah, namun harapan dan sangkaan Baginda saw meleset. Di Taif, Dakwah tidak diterima, Pendakwah dihina dengan dibaling batu oleh penduduknya. Pintu Dakwah ditahun ini hampir tertutup. Namun Allah swt melalui Surah Huud, mengarahkan Nabi saw terus beristiqamah menjalankan amal Dakwah ini meredah fasa-fasa gelap yang sedang menyelubunginya, tanpa isteri yang mendorong dan tanpa bapa saudara yang melindung. “Shayyabatni Huud” (Surah Huud telah mengubankan rambutku !!).

MasyaAllah !! Setelah 9 bulan perjalanan, Amerika menjejakkan alatnya di planet Marikh pada 25.6.2008 lalu dan hari ini menunjukkan fotonya kepada umat manusia di bumi. Tanah Marikh diambil dan dianalisa. Foto ini boleh tiba ke bumi dengan pantasnya, melalui perantaraan apa? Orang kafir sibuk meneroka alam baru sedang umat Islam pula sibuk melayan tuntutan Kuasa-kuasa Besar Dunia dan bercakaran sesama sendiri.

Allah swt tidak membiarkan Rasul Akhir Zaman berpanjangan dalam kemuraman seperti itu. Dakwah ini harus dipacu hingga berjaya bukan sahaja di Mekah, tetapi ke seluruh dunia, merangkumi sekelian jin dan manusia. Pada malam 27 Rejab ~620M, Jibril mengejutkan Rasulullah saw dari lamunan malam dan mengisyaratkan kepada Baginda saw bahawa kenderaan Buraq telah siap di luar sana untuk membawanya ke Masjidil Aqsa di Palestin, naik meredah 7 petala langit, ke Sidradul Muntaha melalui Baitul Makmur, memenuhi undangan Allah swt. Di Masjidil Aqsa Baginda bersolat mengimami kesemua para rasul, melihat bandar Baitul Maqdis, memilih susu dan menolak arak. Di langit, Baginda bertemu sebahagian para rasul, diperlihatkan gelagat penghuni-penghuni Syurga dan Neraka serta tanda-tanda kebesaran Allah swt yang lain. Di Sidratul Muntaha, Baginda diwahyukan Allah swt apa yang hendak diwahyukan olehNya, termasuk kewajipan Solat, ibadah yang paling utama.

Tidak seperti roket yang hanya dipakai buang sekali sahaja disetiap pelancaran dan operasi, “space shuttle” berjaya dicipta Amerika bertindak seperti teksi antara langit dan bumi, boleh diguna berulangkali. Setakat ini 4 buah space shuttle iaitu Columbia (dilancarkan pada 12.4.1981, tepat 20 tahun selepas Yuri Gagarin, manusia pertama ke angkasalepas), Challenger, Endeavour dan Atlantis telah dihasilkan. Tiap satu memakan belanja setahun budget seluruh negara sedang membangun di dunia.

Sekembalinya Nabi saw ke Mekah dari langit, kekuatan Baginda saw untuk berdakwah lebih kental. Segelintir orang Islam murtad kerana tidak dapat menerima hakikat boleh berlakunya peristiwa Muhammad saw pergi ke Palestin dan langit serta kembali semula dalam malam yang sama. Para Sahabat ra yang lain bertambah keyakinan dan kekaguman mereka kepada Nabi tercinta. Bagi Nabi saw pula, melihat sendiri kesudahan manusia di Syurga dan Neraka sudah cukup memberi motovasi penuh untuk menyelamatkan mereka didunia lagi, sebelum mereka menempuh alam Pengadilan dan Pembalasan, belum lagi berpeluang menerima wahyu langsung dari Allah swt di Sidratul Muntaha. Tiga tahun selepas itu, keimanan baru, lebih tinggi dan teruji inilah yang menjadi asas kepada Hijrah dan penegakkan Negara Islam di Madinah.

Ini foto bersejarah kerana kali pertama foto bumi diambil dari angkasalepas (pada ketinggian 300 kilometer). Foto ini diambil oleh Yuri Gagarin, angkasawan Rusia dan manusia ketiga ke angkasalepas pada 12.4.1961, selepas Nabi Isa as (selepas percubaan membunuhnya) dan Rasulullah saw (dalam peristiwa Israk Mikraj).

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :

  1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
  2. Perlindungan seperti yang diberi oleh sesiapa contohnya Abu Talib, biar pun dia bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
  3. Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
  4. Dengan Nabi saw menjadi imam semua para Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin dan pembimbing) kepada umat-umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
  5. Solat adalah ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan-amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
  6. Iman pendokong-pendokong perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk membeza dan mengasingkan permata dari kaca.
  7. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
  8. Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Masjid Kubah Batu (Pelancaran), di tengah-tengah Masjidil Aqsa, Palestin. Di sini tempat pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke Sidratul Muntaha, menembusi 7 petala langit dan Baitul Makmur. Hari ini ia ditawan oleh Yahudi yang dilaknat Allah swt. Pembebasannya sebelum Hari Kiamat dijamin Allah swt. Bila ? Siapa pembebasnya ? Apa ciri-ciri mereka ? Bagaimana mereka dididik (dihasilkan) ?

Marilah kita sama-sama merai dan memperingati peristiwa bersejarah dan besar ini, dengan mengatur atau menghadiri ceramah mengenainya. Jauh lebih itu ialah mencedok pengajaran-pengajaran darinya untuk kehidupan berkeluarga bersama anak isteri dan perjuangan bersama-sama teman-teman yang beriman. Sekian.

Today is a Present (^_^)v

Sunday, July 19, 2009

HPA : Dekat di Hati :)

Assalamualaikum wbt

This post is especially dedicated to support the Muslim products of HPA :) I'm proud to have many sahabats yang komited dalam bab perniagaan barangan muslim ini. credits to aya, afnan, kimah, bell dan others for being istiqamah menyokong dan menyebarluaskan pengaruh HPA. Keep up the usaha.

Jom, lepas grad ini kita JV wat kiosk/kedai HPA or RFC ke~ Tapi kena modal 1.5 juta la kalau nak RFC~



***************

Apa benefit jadi ahli HPA nie???Inilah common soalan yang akan ditanya oleh sesiapa sahaja yang ingin tahu pasal HPA.
  • Kalu jadi ahli HPA nie dapat harga murah ckit dari harga pengguna biasa
  • Yuran nak jadi ahli, RM 30 jer seumur hidup. Berbaloi ker?
Saya nak jadi ahli jer, x nak jual2 nie.
  • Alhamdullilah, kalu jadi ahli HPA nie ada kesedaran untuk sama2 memajukan produk Muslim
  • Seboleh2nya, kalu dah jadi ahli HPA nie kita tanam azam dalam diri kita untuk menggunakan 100% produk yang btol2 diyakini halal dan juga keluaran Muslim serta tidak syubahah. Mulakan dari bawah. SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT...
  • Mmg x wajib untuk menjadi pengedar atau jurujual bila dah bergelar ahli HPA. Sebagai mana kita tahu, HPA adalah salah satu MLM yg mana ikut syariah. Sesiapa yang berusaha lebih (yang mana sambil membeli sambil merancang kewangan), insyaallah dia akan dapat income sampingan
  • Tidak jadi masalah untuk sesiapa sekadar membeli ikut keperluan jer
  • Ada setengah ahli yang betul2 nak cukupkan nilai mata setiap bulan untuk dapatkan bonus. Orang ini, mesti ada semangat yang tinggi dan pandai buat budget sendiri.
Memang diakui produk HPA mahal berbanding produk lain. Adakah kita pentingkan duit dari barangan HALAL? Kenapa sanggup beli baju mahal2, pg tgk wayang, pg makan kat hotel, beli itu, beli ini tp untuk beli barangan yang HALAL amat berat untuk keluarkan duit walaupun ianya mahal sedikit.

Sesiapa yang dah jadi ahli HPA, harap sentiasa aktif. Kalu x mampu aktif untuk promote kat orang cukuplah sekadar beli untuk keperluan sendiri dan juga harian kita. Jangan sia2 kan RM30 yang kita keluarkan mula2 jadi ahli dulu. Walau bagaimanapun, kita pandai2 la uruskan duit, produk mana yang penting untuk kita beli ikut kemampuan kita. Insyaallah, ALLAH Maha Mengetahui dan Maha Pemurah.


There's always bright side


Assalamualaikum wbt

Just saw this from my adik usrah status:





Thanks sis for the inspirational quotes :) "Look at the bright side" used to be my common line kalau buat biodata zaman dolu-dolu. But it seems like I rarely used it nowadays huh~ Yet, I still enjoy the meaning of this line which is everything has it own good side...every cloud has it silver line orang kata.


So, since the new semester will start officially tomorrow, so Happy Studying :)

This is the twin :)

Assalamualaikum wbt


Well, some friends asked me bout this new blog, is the Vox blog no longer used or what...so, the answer is - actually hard to put in a word. So, let the next sentence answers the curiousness.


From the EYE of the beholder Vox is my first blog which i love a lot, easy to maintain, easy to update, etc etc. Yet, somebody commented that it was very hard to give comments to each post because you need to log in to Vox first to do so. Therefore, I choose to appreciate the comments given and here we have now - the twin of the Vox blog - of course in Blogger version :)


So, hope everyone can enjoy them. Choose any of those. And let us keep on reading and supporting each others ok :)



The snapshot of the Volume 1 : From the eye of the beholder


****************************
just a small note overhere:
tomorrow will be the first day of my final sem in UTP insyaAllah. So do to the other batchmates. Wish all of you the very best in this semester okies
Set the Niat correctly and sustain it along the way
Strive for excellent wisely :)

Thursday, July 16, 2009

Just A Step more, but before that....

Assalamualaikum wbt

Minggu nih merupakan minggu last before i become the final sem student here. Exciting eh?! Tapi, thinking of those FYP, FYDP, ohh make me feel like "biarlah masa lamat sket berlalu". Tapi, at the other time, when thinking of wahh nanti boleh kerja, boleh bebas sikit, boleh duduk dirumah dgn ma dan abah je, leh main2 dengan na, rasa mcm "oh, if only i can make a month like a day~"

itulah dia mainan perasaan orang2 warga final sem ni. seronok nak tamatkan masa belajar, tp student's life is just too good to let go kan. All the good things belajar di sini, kenangan2 manis pahit sume2 tu, berlambak lah yg diperoleh disini. So, mcm mana yea? Nak grad ke x ni? huhu

So, memandangkan masa-masa last sy di utp ni semakin hampir, jadinya memberi sort of semangat utk menghargai semua moment yg available. Nak hargai each minute supaya later on xmenyesal dan xterkenang2. Begitu jugak dengan anda semua, ayuh let make use all moments that we have carefully, before later kita terhabis peluang itu.

ha..teringat pada suatu sharing dengan adik2 Mei 09 di surau v2 baru-baru ini, ada yg berkata "kita ni kalau nak kasik sedekah kan, jangan bertangguh2. sebabnya, bimbang nanti sampai satu masa, dah xde dah orang yang mahu terima sedekah kita...ha..baru nak kalut cari-cari orang susah.." kesimpulan, nak buat baik jangan tunggu lama-lama, nanti peluang diambil orang.

as a start, seawal sem ni, sy meluangkan masa join MAS July09. Mcm awkward jugak mula2 nak join, segan-segan lagi...tapi okey la, they are so welcoming [thanks adek2 mdia fc yg comel2 :) ] and surprisingly, xder lah rasa mcm out of place even dah lama sangat dah x join bnda2 mcm ni..hehe..terasa jugak mcm wah, sudah tua..tapi, xpe, bak kata orang tu, yang penting jiwa muda kan.

Bercampur gaul dengan golongan muda ni (cewah!) makes me think a lot. Serius ni, tengok semangat mereka, idea mereka, approach, etc etc. These people around me lah bakal pemimpin masa depan, mereka ni lah xlama lagi jadik orang-orang besar dan berjaya di Malaysia ni or even in overseas kan. Samada mereka sedar atau tidak itulah hakikatnya. Esok-esok, salah seorang dari mereka mungkin menggantikan PM kita, or TPM kita...kalaupun tu tinggi sangat, maybe akan gantikan Tuan Rektor kita suatu hari nanti.

Then, another thing came to my mind - adakah mereka ini bersedia sudah utk tanggungjwb itu? Ha..this is a big question yang adik-adik kena check dalam diri masing2. Dengan persediaan akhlak, persediaan skil2 yang perlu, persediaan Aqidah yang paling penting. Bukankah kita tahu ramai orang2 berjaya kini yang lupa pada Allah, menjadikan harta wang ringgit Malaysia sebagai ilah. Walhal, rezeki itu pasti-pasti come from Allah. Itu baru bab duit-duit, belum dinilai bab akhlak, bab ibadah, bab leadership.

Teringat kisah di zaman Rasulullah s.a.w, di dalam suatu perang yang mana ada dua orang muda lelaki yang mahu turut sama berjuang. Pada mulanya, Rasululallah s.a.w tidak membenarkan, tapi dek kesungguhan dan kemahiran yang mereka itu ada, akhirnya mereka dibenarkan join perang itu. Ha..itu perang tu, yang ada bnyk pertumpahan darah semua. Wait, not that I want them to go into wars, tapi simboliknya ialah sebegitu bersedianya remaja/pemuda dizaman Rasulullah, kalau nak compare dengan zaman kita. Betul x?

So, everyone, jom lah kita menyemak diri, check balik kelemahan dan kelebihan masing-masing. Kenali diri, baru boleh explore dan utilize utk kecemerlangan :)

so, zoom to yourself.