Tiba-tiba sahaja ramai teman-teman mensuggestkan utk melihat ceritera Syurga Cinta yg dikatakan penuh dengan nasihat & moral baik. Jadi, sempat lah jugak melihat sedikit2 kisah tersebut dalam masa 15 minute tadi dengan menforward2 pd bhgian2 yg penting sj. Dari situ, dapatlah jugak catch few lessons yang mungkin itulah yang jugak diperoleh oleh teman2 yg suggestkan sebentar tadi.
Antara yang paling saya suka ialah Hargailah hidayah/kesedaran yang Allah beri. Teman2, bukan mudah sebenarnya untuk memperoleh hidayah ni. Allah s.w.t sahaja yg berhak memberikannya kepada hamba-hamba yang Allah mahukan. Jadi, bilamana terdetik rasa bersalah, rasa takut akan azab Allah dek kerana melanggar perintahNya atau tidak melakukan kewajipan dariNya, hargailah ia.
Teringat pada kisah seorang kenalan. Dia dahulunya seorang yang cukup amik mudah berkenaan muamalat, solat, aurat, dan sebagainya. Namun, alhamdulillah, pd suatu ketika, Allah menghadirkan teman2 yang baik disekelilingnya. Dari situ, dia belajar pelbagai perkara yg akhirnya memberikan dia kesedaran akan tanggungjawab seorang hamba Allah s.w.t
Ya, kita ini hamba Allah. Hamba ini status paling rendah kalau dalam sistem kasta manusia. Hamba ini bermaksud yang tidak memiliki sesuatu apapun. Sebab itu perhambaan sesama manusia itu menjadi tidak boleh, tetapi merasai kehambaan kepada Allah itu suatu kemestian. Sedarlah teman2, kita ini hamba je..!! Jadi buatlah apa yang Allah suruh dan tinggal lah apa yang ditegah. Boleh ye teman2? Kita berubah ek..
Lagi satu, berkenaan mencintai, bercinta dan dicintai ni...sy bukan pakar soal ini. Namun, suatu yang pasti bercinta yang selalu date, jumpa-jumpa, pegang-pegang, sms-sms, call-call itu bukanlah cara yang diredhai Allah s.w.t. Itu hanya mendatangkan fitnah semata-semata & menjatuhkan maruah kadang-kadang itu. (maaf ini hnya pendapat peribadi). Rasa cinta ialah fitrah, mencintai orang itu suatu yang baik, tetapi bagaimana melaksanakan itu yang perlu diberi perhatian. Ingat ye teman2, matlamat tidak menghalalkan cara.
Teringat perbualan antara Fatimah bt Muhammad s.a.w bersama suami tercintanya, Saidina Ali. Saidina Ali bertanya kepada Fatimah, pernah tak fatimah mencintai siapa2 sebelum berkahwin? Tahu x apa jawapannya? Ha..Fatimah jawab, Ada dan orang itu ialah kamu. Lihatlah dengan baik-baik kejadian ini. Bagaimana Fatimah telah lama mencintai Saidina Ali tetapi tidak pernah dinyatakan/declare apatah lagi bercouple lalu berjumpa saban malam.
Jadi, tidak mahu berkata lebih banyak. Jom lah teman2..kita sama-sama menjaga hati kita ini.
Cintailah Allah sedalam-dalamnya. Hinggakan dia yang mahukan cinta kita, mesti mencintai Allah sebelum menemui cinta kita. [pesanan seorang teman]
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment